Thursday, October 28, 2010

Halau Melayu Secara Terancang

Halau Melayu secara terancang?

PULAU PINANG 28 Okt. - Trend kerajaan DAP Pulau Pinang mengambil-alih tanah didiami orang Melayu khususnya di bahagian pulau atas alasan kegunaan awam dibimbangi sebagai strategi untuk menghalau mereka secara terancang.

Setiausaha Kelab Warisan Malaysia (Keris) Pulau Pinang, Azman Hassan berkata, beliau khuatir tanah yang diambil itu nanti dijual kepada pemaju untuk dibangunkan dengan projek berharga jutaan ringgit.

"Lihat saja di Kepala Batas di mana pemaju swasta membina projek perumahan dalam skala kecil, kurang 40 buah.

"Sudah tentu kawasan perumahan tersebut tidak memerlukan padang permainan, dewan orang ramai dan tiada tapak untuk surau.

"Rumah pula berharga RM300,000 ke atas dan sering diutamakan pembeli bukan Melayu," kata Azman.

Bukan disana sahaja, malah hampir semua bandar dibarat semenanjung...nak salahkan siapa? Yang keluar permit dan meluluskan pun bangsa melayu juga...tu yang duduk dalam kerajaan tempatan, persekutuan atau negeri apa iltizam mereka sebagai yang ada kuasa. Terpinggirnya bangsa sendiri....bukan perkara baru.Singapura sebagai contoh,tapi orang melayu bila nak sedar...ingat projek Tanjung 2 masih wujud. Nak tahu apa Prolek Tanjung 2 tanyalah pada yang tahu...UMNO tahu mungkin.PKR...ha..ha...sama je.


No comments: