Monday, October 18, 2010

PLUS - Mempluskan KWSP

RM23b ambil alih PLUS
Oleh Ahmad Farizal Hajat
ahmadfarizal@bharian.com.my
2010/10/19

KWSP, UEM cadang terma baru ganti perjanjian sedia ada

PENGAMBILALIHAN PLUS Expressways Bhd (PLUS) oleh UEM Group dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membabitkan kos RM23 bilion dijangka dapat di selesaikan selewat-lewatnya Oktober tahun depan.

KWSP dan UEM Group pada sidang media bersama semalam turut memberi jaminan, kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang, sejajar langkah kerajaan meringankan beban pengguna lebuh raya di negara ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Eksekutif UEM, Datuk Izzadin Idris, berkata bagi memastikan tiada pihak menerima kesan negatif daripada langkah pembekuan kenaikan kadar tol itu, UEM dan KWSP akan mencadangkan terma baru dalam Perjanjian Konsesi Utama bagi menggantikan Perjanjian Konsesi sedia ada.

“Kami prihatin dengan kerajaan, kerana setiap kali jika tidak berlaku kenaikan tol, mereka terpaksa membayar sejumlah pampasan kepada PLUS.

“Justeru, beberapa terma baru akan dicadangkan untuk dimasukkan dalam Perjanjian Konsesi Utama yang akan menggantikan Perjanjian Konsesi sedia ada bagi memastikan semua pihak beroleh manfaat bersama,” katanya pada taklimat media mengenai pengambilalihan itu di Kuala Lumpur semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Eksekutif KWSP (Bahagian Pelaburan), Shahril Ridza Ridzuan.
Dalam terma Perjanjian Konsesi sedia ada, PLUS dibenarkan menaikkan kadar tol sebanyak 10 peratus setiap tiga tahun.

Namun, ia masih belum menaikkan kadar tol sejak 2008, dan kenaikan terbaru sepatutnya akan dibuat tahun depan.

Izzadin berkata, dalam terma perjanjian konsesi sedia ada, jika kadar tol di lebuh raya PLUS tidak dinaikkan dalam tempoh lima tahun ini, kerajaan terpaksa membayar pampasan kira-kira RM5 bilion kepada PLUS.

Jelasnya, setakat 30 Jun lalu, kerajaan perlu membayar pampasan kira-kira RM2.5 bilion kepada PLUS.

Beliau turut menegaskan bahawa syarikat tujuan (SPV) yang ditubuhkan UEM Group dan KWSP untuk mengambilalih PLUS tidak bercadang menjual syarikat pengendali lebuh raya itu kepada pihak ketiga.

Sementara itu, Shahril Ridza berkata, KWSP melihat pengambilalihan PLUS itu sebagai peluang untuk memiliki aset matang yang akan menjana aliran tunai dengan profil risiko dan pulangan menarik.

“KWSP melihat PLUS sebagai pelaburan jangka panjang yang baik dengan hasil pulangan stabil dan menarik.

“Ia akan memberikan pulangan stabil kepada hampir 12 juta pencarum dan kami percaya pemilikan dalam PLUS bakal meningkatkan prestasi kewangan KWSP,” katanya.

UEM GROUP dan pemegang sahamnya, Khazanah Nasional Bhd secara terkumpul memiliki 55.25 peratus pegangan dalam PLUS, yang mana 15.02 peratus daripadanya dicagarkan kepada sijil amanah boleh tukar yang diterbitkan sayap pelaburan kerajaan itu, manakala KWSP memegang 12.03 peratus.

Selepas pengambilalihan itu dimuktamadkan kelak, PLUS akan dikeluarkan daripada Bursa Malaysia dan perniagaannya akan dipindah milik kepada SPV yang akan menyerap risiko konsesi.

Komentar:

Kadang2 kita raayat marhean begitu teruja dengan kata2 orang koporat ni... ungkapan yang jitu seperti.... pelaburan baik untuk jangka panjang.... pulangan baik...risiko terancang...hasil pulangan stabil dan menarik. Yang jelas, pusing2 balik kesitu juga, Kazanah Nasional milik raayat menjadi majoriti pemilik, di ikuti KWSP dan lain2 pemegang. Semuanya balik kepada raayat yang tanggung. Yang jelas, dulu konsesi, tiap 3 tahun kena revise tol punya rate. Jadi sekarang milik tanggungang kerajaan, tak naik dah sekurang2 nya 5 tahun. Entiti mana yang nak manage PLUS tak jelas pun. Saya rasa yang sedia adalah. Cuma sekarang untung..rugi...atau ada isu berkaitan ' well spread lah' raayat pun mesti terima, KWSP rata2 raayat marhean punya sumbangan. Lagi pun KWSP lubuk duit ... lebih 400 billion tu ada dalam simpanan. KWSP menjadi "cushion" tebal buat menyerap hentakan jika rugi. Boleh baca strateginya... nanti tiap tahun tambah equiti KWSP, Khazanah boleh slowly tapered off, kan khazanah ni operate cara open end je... rugi pun gomen tanggung.

Nanti bila untung besar war-warkan KWSP untung... pulangan tahunan tahap tu juga. Kalau tak untung banyak .... lu pikirlah sendiri.

No comments: