Saturday, October 23, 2010

Malaysia Tanah Air Ku!

Dulu hingga sekarang siri "bersama mu di TV3" terus menyentuh rasa insaf dan kadang kala rasa kecewa dengan nasib orang melayu itu sendiri.Masih terusan berlaku gelandangan dikalangan anak bangsa ini, walaupun tanah melayu yang telah merdeka lebih 5 dekad. Malah ada yang mengatakan ramai gelandangan dibawah dataran merdeka.Tak tahulah sejauh mana kebenarannya.
Dulu ada program, memberi makanan kepada yang "homeless" dan " gelandangan" yang dijalankan oleh JKM. Lepas tu senyap...tiada follow up agaknya. Pada bulan ramadhan pula ada lagi makanan yang diagihkan di berberapa tempat atau masjid disekitar KL. Nampaknya ada season2 dalam membuat sesuatu.
Dalam masa yang sama, berbillion ringgit akan dibelanjakan untuk projek mega2. Tak tahulah mana "priority". Ada juga kata2 songsang" biasalah mana2 bandaraya pun mesti ada "paupers" manusia gelandangan, New York lagi banyak. Betullah tu..... fact tu....Tetapi itu New York dan yang ini di Malaysia. Memang sana "survival for the fittest" bila terlampau maju, manusia disana memang bersikap "lu -lu, gua-gua" . Keruntuhan akhlak,keluarga dan sosial celaru membuat masyarakat tidak ada masa pada perkara sebegini.
Jadi kita mahu Malaysia macam tu ke...sedihnya bangsa sendiri. Dahlah selama ini tahap menjadi "coolie" dan pekerja bawahan ramai orang melayu. Kepada yang punya kuasa buatlah sesuatu sebelum masaalah ini terusan memalukan bangsa sendiri.


No comments: