Sunday, October 24, 2010

Seremban - Apo Nak Jadi?

Sorok dalam ‘lubang tikus’

SEREMBAN - Beberapa wanita warga asing dipercayai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan karaoke dekat Rahang Kecil, di sini sanggup berhimpit-himpit dalam lubang rahsia bagi mengelakkan diri dicekup pihak berkuasa, malam kelmarin.

Mereka juga dikatakan bertempiaran lari menyelamatkan diri sebaik saja menyedari kehadiran sepasukan polis yang melancarkan Ops Noda di pusat hiburan berkenaan.

Akibat terlalu panik, ada antara mereka bertindak nekad merempuh anggota polis, selain bergegas menyembunyikan diri dalam ‘lubang-lubang tikus’ di premis berkenaan supaya tidak diberkas.

Malangnya, cubaan itu bukan sahaja gagal malah ia mengakibatkan pihak berkuasa menemui lebih ramai wanita dipercayai GRO dalam keadaan berhimpit-himpit dalam tempat persembunyian berkenaan.

Serbuan mulai kira-kira jam 9.30 malam hingga 12.30 malam itu dijalankan sepasukan dua pegawai dan 11 anggota Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman diketuai Pegawai Operasinya, Asisten Superintendan Khairi Anuar Rusly.

Turut serta sepasukan pegawai dan anggota D7 dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri.

Menurut Khairi Anuar, siasatan awal mendapati semua wanita berkenaan, berumur antara 20 hingga 30-an, memiliki dokumen perjalanan sah selain permit kerja dalam pelbagai bidang.

"Namun mereka disyaki menyalah gunakan permit berkenaan dan seterusnya ditahan di bawah Peraturan Imigresen 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 untuk siasatan lanjut.

"Di samping itu, polis turut menahan seorang lelaki warga tempatan berumur sekitar 40-an dipercayai penjaga premis bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, pusat hiburan di premis dua tingkat dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) dan dipercayai mula beroperasi sejak beberapa tahun lalu.

"Setiap pelanggan perlu membayar RM50 sejam untuk khidmat GRO menemani mereka semasa berhibur di pusat hiburan terbabit,” katanya.

Khairi Anuar berkata, kira-kira 50 pelanggan berumur antara 20 hingga 40-an serta 10 pekerja berada di dalam premis semasa serbuan dijalankan.
Menurut beliau, ujian air kencing mendapati empat pelanggan berumur antara 20 hingga 30-an positif dadah.
"Semua individu yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk tindakan lanjut,” katanya.


Belum lagi mencapai taraf bandaraya,tetapi ciri2 lorong biru dan gelap telah mula bertapak dibandar Seremban. Dulu Jln Hj Hassan yang terletak ditengah2 bandar Seremban, terkenal kedai tiga tingkat atau orang cina memanggilnya blok kedai 3 tangga..sama macam Lorong Hj Taib di Chow Kit.
Kini satu kawasan baru, sebenarnya bukan baru..sejak 80'an lagi Tmn AST, telah pun menjadi pusat dan lokasi sarang2 maksiat. Kalau sekarang Lorong Hj Taib, hampir diputihkan tetapi tempat2 maksiat dibandar Seremban terus bercambah. Malah Bandar Baru Nilai pun sekarang telah mula bertapak pusat2 maksiat. Apa nak jadi? tak tahulah nak cakap. Seremban bukanlah bandar besar pun jika dibandingkan dengan Melaka atau JB. Tetapi kadang kala kita yang duduk diSeremban kecewa dengan sikap pihak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas2 kepentingan orang awam. Seremban boleh dikategorikan bandar yang kurang maju, perkembangan dan perancangan bandar yang lemah juga tidak teratur.
Kedai judi dan nombor ekor masih kelihatan umat Islam bebas menikam nombor. Seolah tiada siapa yang peduli. Buatlah sesuatu untuk kebaikan semua. Dulu terkenal sebagai bandar yang tenang, sesuai untuk keluarga dan bagi mereka yang bersara selain bandar Taiping di Perak.
Tetapi kini, hampir semua segi keistimewaannya tidak ada. Kos sara hidup yang tinggi, perkhidmatan awam yang semakin tidak efektif baik, jabatan2 negeri dan persekutuan. Saya istilahkan bandar Seremban ni ...layback town...semua urusan jadi perlahan dan tidak teratur. Perubahan dan tahap kemajuan infrastruktur begitu lambat. Betul..betul layback. Yang ketara ada jalan berkembar - seolah2 link road dari kawasan Ampangan ke Rasah dan Seremban 2. Itu saja yang ketara.
Negeri lain jauh kehadapan, kalau nak dinilaikan, Negeri Sembilan dan bandar Seremban adalah tercorot diantara negeri2 dibarat semenanjung..... walaupun begitu dekat dengan infrastruktur mega seperti KLIA dan Kuala Lumpur.

No comments: