Monday, October 25, 2010

Pusat Dadah - Stunt Woman

Seingat saya inilah kes yang boleh dianggap sebagai "wake up call" untuk penduduk Seremban. Nampak gayanya Seremban bukan lagi bandar yang dianggap tenang dan aman. Seperti ada kesempatan buat pelaku jenayah dan maksiat menjadikan bandar Seremban salah satu destinasi atau "sanctuary" kegiatan tak bermoral.
Kepada JSJN - polis, syabas! setidaknya polis telah memberi isyarat jelas kepada penduduk Seremban dan ra'ayat Negeri Sembilan, ada perlakuan jenayah disekitaran kita dan jangan tidur lagi..... berhati2 lah dan sikap 'layback' dan "tidak apa" dikalangan masyarakat dan jabatan2 yang dipertanggung jawabkan. Bangun dari tidur...jangan lagi buat tak tau...walaupun jenayah berlaku berhampiran dengan kediaman kita.
Seremban 2 yang dianggap kawasan membangun,nampaknya pembangunan jenayah dan aktiviti haram lagi cepat membangun. Pihak berkuasa tempatan harus lebih peka agar sesuatu kawasan pembangunan itu dilawati oleh para penguatkuasa dan diperiksa premis2 niaga secara rutin. Jangan lepas tangan..polis dah buat kerja dia. Tempat2 maksiat dan hiburan bandar Seremban harus dipantau tegas. Jangan mudah luluskan lesen tanpa mengira keburukan yang akan datang. Banyak premis2 beroperasi secara 'cover up'. Siber kafe menjadi pusat judi bercambah macam cendawan tumbuh lepas hujan dimerata kawasan.
Macam buat tak tau aje, para penguasa kerajaan tempatan.
Pusat karaoke, hiburan, girlie bar, siber kafe judi bersepah2. Kadang berasa takut dengan apa yang berlaku disekeliling kita dalam bandar Seremban.

Stunt woman di Ampangan...sakit kepala menjadi alasan. Kawasan Seremban agak lembab semalam dengan hujan renyai hampir saban hari. Pemandu yang tidak berhati2 akan senang terbabas dalam keadaan muka jalan yang licin dan basah. Kalau memandu macam lipas kudung, laju....lagi mudah buat stunt nanti.
Kekadang keadaan jalan yang kurang baik, atau selenggaraan yang kurang bagus juga menyumbang kemalangan jalan raya.Tengok sahajalah jalan antara Simpang Paroi ke Senawang, tampal sana...tampal sini, ini jalan utama bagi penguna jalanraya untuk terus ke Lebuh Raya PLUS atau Lekas tetapi tahap dan mutu jaluran ini... malas nak cakap.

No comments: