Thursday, October 28, 2010

Bila Bala Bencana Mendatang Tiba


Seperti tiada hentinya, bala bencana yang terusan datang menimpa negara jiran kita akhir2 ini. Hampir saban tahun ada saja bentuk bencana yang menimpa. Ketika ini Gunung Merapi sedang menunggu masa untuk meletus ganas.
Sayugianya kita di Malaysia seharusnya melihat peristiwa2 ini dengan jiwa yang penuh insaf dan rasa bersyukur.Walaupun disana bencana berupa ketentuan tuhan juga fenomena alam dimana berlakunya menyebabkan kemusnahan yang merata.
Tetapi diMalaysia, bencana yang menimpa sebenarnya lebih dahsyat, sama seperti seri TV astro ' dahsyat 13'. Bencana keruntuhan akhlak dan sosial, buang bayi, penceraian, hiburan terlampau , rasuah, sumbang mahram dan pelbagai ma'asalah sosial.
Ini semuanya mengundang kemurkaan tuhan dimana bencana akan menimpa dalam bentuk yang lebih dahsyat lagi.
Jadi, jangan berasa kita diMalaysia aman, kononnya ' Malaysia is not within the ring of fire'. Apa saja akan berlaku jika segala kejahatan terus dibiarkan.

No comments: