Sunday, October 24, 2010
TRANSFORMASI ITU APA?
Petikan dari Utusan Malaysia
Setelah disiarkan dalam akhbar arus perdana, kisah penghuni bawah jambatan expressway Sg.Besi mendapat tempat kediaman.Yang selalu kita ingin petikaikan ialah, mengapa benda2 macam ini tidak ditangani dengan secara rutin oleh pihak yang berwajib.Bila dah disiarkan baharulah ada tindakan yang diambil. Kita sebagai ra'ayat selalu inginkan sikap pro-aktif dikalangan pihak yang bertanggungjawab dikalangan kakitangan awam. Didalam keghairahan ingin merencana perubahan transformasi skala besar kita semua seolah2 lupa dan terlepas pandang dengan realiti kehidupan ra'ayat yang mana ada dikalangan mereka hidup dibawah paras kemiskinan super tegar.
Saya tidak faham malah keliru, dalam menjana taraf kehidupan berpendapatan tinggi dikalangan ra'ayat,bagaimana mana dengan mereka ini. Kumpulan ra'ayat miskin tegar, super tegar, paras gaji minima juga dengan kadar pengangguran dikalangan mereka yang telah mendapat diploma,ijazah,sijil2 dan sebagainya.
Yang saya persoalkan, menjana negara berpendapatan tinggi untuk negara atau ra'ayat. Negara boleh juga ditafsirkan 'stake holder' yang lain, malah ra'ayatlah bahagian 'stake holder yang besar' individu,keluarga dan komuniti. Atau hanya untuk menjana pendapatan tinggi sektor awam dan swasta, agar mendapat keuntungan yang tinggi pada 'government link companies'-GLC atau sektor swasta,pelabur besar FDI seperti 'multinational company' sahaja. Supaya nanti kelihatan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar nampak lebih jitu. GNP yang tidak menampakan kebenaran sebenar pada penyumbang mikronya.
Ra'ayat terus kabur dan kadang kala keliru dengan kadar pertumbuhan yang nampak hebat tapi pada realitinya, ra'ayat marhean tidak langsung mendapat faedah dari kadar pertumbuhan itu.
Takut nanti jurang 'gap' golongan yang kaya dengan yang miskin semakin ketara. Malah kalau dilihat akhir2 ini golongan pertengahan semakin susut peratusnya. Hampir 40% dari golongan pertengahan ini sekarang berada dalam kategori menuju menjadi kumpulan berpendapatan rendah. Kadar inflasi yang kononnya terkawal, malah CPI yang diunjurkan pun mengunakan petunjuk indek yang tidak relevan. 'Basket of Indexes' yang selalu didasarkan tidak mencakupi ruang lingkup sebenar keperluan ra'ayat.
Jadi kalau benar slogan "ra'ayat didahulukan-pencapaian diutamakan" sepatutnya transformasi kan-lah dahulu, ra'ayat dari kalangan yang tersebut diatas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment