Saturday, October 23, 2010

Melayu Jangan Hilang Adab dan Sopan


KUALA LUMPUR: Kelantan dan Negeri Sembilan akan bertemu di final Piala Malaysia selepas menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan kedua peringkat separuh akhir sebentar tadi.
Tuan rumah Kelantan menewaskan Kedah 1-0 untuk mara ke final selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan di Alor Setar.
Negeri Sembilan pula menewaskan Johor FC 2-0 di tempat lawan untuk layak dengan agregat 2-1.
Harap2 semangat kesukanan menjadi tunjang dalam setiap pertandingan. Ada kalah...tentunya ada yang menang. Kejadian di Shah Alam, menjadikan sukan bolasepak dah macam perangai peminat bolasepak Inggeris. Tetapi diMalaysia ini ada bangsa inggeris kulit sawo matang... cepat melenting, baran dan suka cari gaduh.
Ini cuma bersukan je... tak payahlah ter.."over serious" dan beremosi tanpa sebab. Pasukan Kelantan dan peminat2 bolasepaknya fikirkan lah... jangan malukan orang Kelantan secara umumnya. Nanti hancur...punoh nganoh stadium kit Jalil.
Sejarus kita umat Islam, berserderhana dalam segalanya. Menang ke...kalah ke bukan boleh bagi pahala pun....yang kita dapat adalah budaya barat..atau budaya jahiliah meresap kedalam jatidiri bangsa tanpa disedari.

No comments: