Thursday, October 14, 2010

Today I start to bogey again

For almost a year I have not been able to post any article on this blog. I need to change the style of my writing. Maybe with selected topic from the various mainstream newspaper and pen down a line or two of comment. Sort of what’s on my mind? Either in English or Bahasa Melayu.

On the cosmetic millionaire tragic murder.

KUALA LUMPUR – Selepas 46 hari ditahan reman dalam lokap polis bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga rakannya, peguam N. Pathmanabhan kini ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Peguam berusia 41 tahun itu dipindahkan ke Penjara Sungai Buloh selepas dia bersama tiga pekerjanya, R. Kathavarayan, 30, R. Matan, 20, dan T. Thilaiyalagan, 19, didakwa atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik itu dan tiga lelaki lain di Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, Selangor kelmarin.

Keempat-empat tertuduh tersebut tiba di kompleks penjara itu kira-kira pukul 1 petang kelmarin.

Selain Sosilawati yang menjadi mangsa bunuh, pemandunya, Kamarudin Shansudin, 44, peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, turut menerima nasib yang sama dengan Sosilawati.

Pathmanabhan, graduan undang-undang dari Universiti Bond, Australia, ditahan pada 11 September lalu bersama tujuh yang lain ekoran laporan kehilangan Sosilawati dan tiga rakannya ketika mereka ke Banting bagi melakukan satu urusan perniagaan.

Sebelum didakwa kelmarin, peguam itu bersama tiga pekerja ladang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan lokap Balai Polis Putrajaya.

Komentar:

Hampir 2 bulan kejadian ini berlaku, tak terbayang dikepala saya, umumnya manusia yang terdidik dengan undang2 boleh terlibat dengan perkara sebegini. Mereka adalah antara 5% raayat Malaysia yang digolongkan manusia professional. Selain kedudukan yang baik dalam masyarakat mereka juga mudah menjadi seorang jutawan dengan kelulusan dan profesion yang ada.

Apa yang menjadi igauan ngeri raayat, mengapa ini harus berlaku dikalangan kita. Mana silap dan salah puncanya. Tamak, haloba atau setan yang beraja didalam hati. Mana pergi kemanusian dan kehidupan sebenar.


Saiful dakwa diliwat tanpa kondom

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Seorang pakar patologi forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendakwa diberitahu oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan bahawa tiada kondom digunakan semasa dia beberapa kali diliwat oleh seorang ‘personaliti berprofil tinggi’ dua tahun lalu.

Menurut Dr. Siew Sheue Feng, memang wujud tanda-tanda berlaku penetrasi di bahagian dubur pengadu walaupun tiada penemuan klinikal untuk menyokong kejadian tersebut.

“Ini ekoran penggunaan bahan pelincir yang menyebabkan kemungkinan tiadanya kesan untuk menyokong kejadian tersebut yang berlaku ke atas Saiful.

“Saiful memberitahu saya apa yang berlaku, dia telah diliwat oleh seorang ‘personaliti berprofil tinggi’ selama beberapa bulan. Malah dia turut memberitahu bahawa semasa hubungan seks luar tabii itu terjadi tiada kondom digunakan,” katanya yang hadir sebagai saksi ketiga pendakwaan.

Saksi tersebut memberi keterangan semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, 63, terhadap bekas pembantunya, Mohd. Saiful di sebuah kondominium di sini pada 26 Jun 2008.

Komentar:

Saya hampir muak dan loya dengan perkara seperti diatas. Undang2 macam tak jalan buat mereka yang tertuduh dan juga yang menuduh. Bila nak selesai... hanya kekuatan iltizam si-pendakwa dan pembela sahaja. Tidak nanti cerita ni.. berjanggut pun tak habis. Pertembungan undang2 sivil dan syariah menjadikan perkara ini berlanjutan... buang masa. Menghabiskan duit raayat dan pembayar cukai. Ini bukan kes berprofail tinggi... ini masaalah monyet2 politik.


Pengawai Imegresen Sekongkol dengan sindiket dagang orang.

KUALA LUMPUR - Sembilan orang termasuk tujuh kakitangan Jabatan Imigresen yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 kelmarin disyaki bersekongkol dengan ketua-ketua sindiket pemerdagangan antarabangsa.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, siasatan berhubung perkara tersebut sedang dijalankan sehingga ke akar umbi.

"Kegiatan (penyeludupan orang) ini boleh memudaratkan keselamatan negara dan siasatan terperinci berhubung perkara ini akan diteruskan.

"Kita harap ia mampu membongkar dan mengekang tindak- tanduk sindiket penyeludupan warga asing," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman semalam.


Komentar:

Ini bukan perkara baru saya rasa, dah lama mereka bersekongkol. Amanah, fatanah dan kejujuran payah buat masa ini. Kepentingan negara juga keselamatan belakang kira, janji masyuk ongkosnya pak... fulus...fulus... Nak hidup bergaya, ada lifestyle kena buat benda2 macam ni. Apa nak jadi. Tak pernah nak rasa syukur, ada kerja kerajaan, gaji bulan yang halal boleh sara anak bini. Kan itu lebih berkat. Mengapa menjerumuskan diri dalam perbuatan haram ni. Tobatlah....

No comments: