Friday, November 26, 2010

Negeri Sembilan - High % of offering bribe.

NS tertinggi pemberi rasuah


SEREMBAN – Negeri Sembilan adalah negeri tertinggi mencatatkan jumlah tangkapan pemberi rasuah kepada kakitangan awam setakat 24 November 2010.Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Sutinah Sutan berkata, jumlah tangkapan mencatatkan seramai 66 orang dan 17 kakitangan awam yang menerima rasuah.“Setakat 24 November 2010, Negeri Sembilan mencatatkan jumlah tangkapan terhadap pemberi rasuah seramai 66 orang berbanding 17 orang yang ditangkap adalah kakitangan awam yang menerima rasuah.

“Dari segi nilai suapan diberikan antara RM50 sehingga RM100,000,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis :Pelanca ran Diskusi Meja Bulat antara SPRM, Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) di Klana Resort, semalam.Hadir sama, Yang Dipertua MPS, Datuk Abdul Halim Abdul Latif dan Pengarah SPRM negeri, Hishamuddin Hashim.Pada majlis itu, seramai 70 pegawai terbabit dalam perbincangan meja bulat, bertujuan mengenal pasti isu sebenar yang dihadapi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menyampaikan perkhidmatan, sekali gus me ngelak wujudnya rasuah.Program itu menggalakkan budaya integriti dalam kalangan pegawai dan kakitangan PBT serta pihak berkenaan dalam :penguat kuasaan undang-undang.Dalam pada itu, angka tangkapan pemberi rasuah di seluruh negara mencecah 342 orang termasuk tiga daripadanya yang bertindak sebagai orang tengah.

Sementara, dalam tempoh sama, kakitangan awam ditangkap menerima rasuah pula seramai 232 orang.Sutinah berkata, SPRM bermula Januari hingga 24 November lalu, berjaya menangkap seramai 342 pemberi rasuah kepada kakitangan awam seluruh negara termasuk tiga yang bertindak sebagai orang tengah."Ia membabitkan wang suapan hampir RM2 juta setakat ini.“Ini adalah jumlah yang positif kerana sebelum ini, SPRM tidak pernah menangkap lebih ramai pemberi rasuah berbanding penerima,” katanya.Menurutnya, sehingga kini, seramai 81 orang yang telah ditangkap kerana memberi dan menerima rasuah serta dituduh di mahkamah."Petunjuk positif ini hasil kempen ‘Bersama Melakukan Perubahan, Perangi Pemberi Rasuah’ yang dilancarkan April lalu,” katanya.


Most of my posting lately are about the increase of corrupt practice in Negeri Sembilan. " The nuance of no givers no takers" maybe a good motto to eradicate corruption. However, from another angle why the public are very much more willing to offer bribe in certain locality? So with the saying goes " dimana ada gula disitu ada semut". The public are so use of giving bribe because of willing takers. The high percentage of the public in Negeri Sembilan reported and nab for offering bribe is also not a healthy situation - because of the willing takers may see it not worthwhile to take, again maybe the amount offered is less than the amount of incentive given for reporting bribery by the public. Far, from justifying that the public servant are clean and not incline to accept bribe. We need to see the problem of  increase in corrupt practice from a more justifiable angles.

No comments: