Sunday, May 29, 2011

Jalan Kuala Pilah - Seremban Selalu Sesak

Laluan Kuala Pilah - Seremban ...Sesak!!

Laluan Kuala Pilah - Seremban menjadi ingaun dan kesesakan yang semakin teruk sejak akhir-akhir ini.Semenjak laluan Bukit Putus dinaik taraf kesesakan lalulintas terus meningkat setiap hari dan menjadi lebih teruk pada cuti umum dan hujung minggu. Setelah diamati untuk sekian lama, naik taraf laluan bengkang-bengkok Bukit Putus kepada jalan yang baru bukan memberi keselesaan kepada pengguna jalanraya tetapi kini menjadikan masa perjalanan kedua hala bertambah dari dulu sekitar 40 minit dari Seremban ke Kuala Pilah sekarang hampir 1 jam. Waktu puncak pada pagi hari sekitar jam 7.00 pagi hingga 9.00 pagi dan sebelah petang. Yang paling teruk pada hari Jumaat sebelah petang hingga ke malam untuk kedua-hala dan seterusnya pada hari Sabtu dan Ahad dimana kedua2 hala menjadi sesak.
Ini disebabkan berlakunya " bottle neck" disekitar laluan turun dan naik dari laluan baru Bukit Putus. 
Kesesakan dilaluan Kuala Pilah Seremban..Kawasan Melang.
Setelah laluan Bukit Putus yang baru dibina siap, peningkatan kenderaan yang mengunakan jalan Seremban - Kuala Pilah sangat ketara. Apa yang dapat dilihat, kenderaan berat mula mengunakan laluan ini bukan sahaja ke kawasan timur Negeri Sembilan tetapi banyak kenderaan menuju ke kawasan pantai timur. Malah ke utara/timur Johor, ke Pahang dan juga ke Trengganu dan Kelantan.
Penambahan bilangan kenderaan memilih laluan ini, terutama mereka yang dari kawasan Melaka, Johor Barat dan juga mereka yang tinggal di Lembah Kelang, memilih laluan ini.

 Kita berharap pihak yang berkenaan dapat menaik taraf laluan Seremban - Kuala Pilah sepenuhnya bukan setakat dikawasan Bukit Putus. Kami sering mendengar rungutan penduduk Kuala Pilah tentang kesesakan hampir saban hari dan masa.










 

1 comment:

Izhar said...

Fobia nak balik kg raya ke 2 hari nie.. mesti Jam giler punya. Turun dari bukit putus tu bukan setakal lane jadi kecil... tapi projek jalan yang bertahun tak siap!